SATHIA PUAS HATI PRESTASI PEMAIN GANTIAN

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Jurulatih Kelantan, B Sathianathan berpuas hati menerima kekalahan pertama sepan-jang kehadirannya membimbing pasukan Red Warrior’s dalam Piala Malaysia 2009.

“Pasukan kami tewas pun dengan pasukan yang kuat dan mereka pernah dua kali berturut-turut menjuarai Piala Malaysia sebelum ini. Lagi pun dalam perlawanan kelmarin saya hanya menggunakan barisan pemain muda yang terdiri daripada pemain simpanan.

“Pada perlawanan kelmarin ia memberi peluang kepada saya untuk mencuba barisan pemain yang masih belum di beri peluang beraksi dalam perlawanan sebelum ini. Selain itu, saya berikan peluang kepada kesebelas pemain utama untuk berehat,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, perlawanan kelmarin beliau nampak adanya peningkatan yang memuaskan dan beliau juga telah mengenal pasti empat pemain muda yang mempunyai ciri-ciri seorang pemain yang berkebolehan.

“Saya nampak ada empat orang pemain muda yang ada ciri-ciri untuk diserapkan ke dalam kesebelas pemain utama Red Warrior’s. Mereka mempunyai kualiti yang baik walau pun ada segelintir orang berkata mereka bukan pemain utama.

“Kalau dalam latihan sudah tentu saya tak nampak kebolehan mereka. Sebagai jurulatih saya tak boleh hanya memberikan tumpuan kepada pemain utama sebab kalau jadi apa-apa kepada mereka siapa nak gantikan tempatnya,” katanya.

Daripada situasi perlawanan sebenar Sathia-nathan dapat menilai kebolehan sebenar pemain sama ada mereka boleh bermain atau tidak dan kesemua pemain telah menunjukkan kepada peminat bola sepak yang mereka berhak untuk berada di dalam pasukan Red Warrior’s.

Pada perlawanan akan datang, Sathia akan kembali menurunkan pemain utama dalam perlawanan Kelantan bertemu Angka-tan Tentera Malaysia (ATM) pada 13 Oktober di Stadium Sultan Muham-mad ke-1V.

“Kesebelas pemain utama Kelantan akan kembali beraksi ketika bertemu ATM. Rasanya mereka dah cukup berehat. Kecederaan pemain pun dapat dipulihkan setelah berehat selama beberapa hari.

“Saya berharap dalam perlawanan menentang ATM pemain Kelantan dapat balik kemenangan selain merealisasikan misi membawa kejayaan kepada pasukan Kelantan dalam dua tahun akan datang,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Comments :

have 0 comments at “SATHIA PUAS HATI PRESTASI PEMAIN GANTIAN”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB