RED WARRIOR'S TUNGGU DI KOTA BHARU

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Plus FC dan Kelantan mempertahankan dan mendakwa pasukan masing-masing berhak beroleh kemenangan berdasarkan peluang yang dicipta pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, kelmarin.

Namun, ketika diminta pandangan mengenai mutu perlawanan ini, kedua-dua jurulatih enggan mengulas lanjut mengenai tahap pengadil pada perlawanan itu.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin dan Fadzli Saari.


Bagaimanapun, beberapa insiden kekasaran sedikit mengganggu rentak permainan manakala gol Fadzli pula mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong Kelantan yang mendakwanya offside.

“Saya berasa ralat jugalah kerana tak boleh menang walaupun memiliki beberapa peluang di depan pintu gol.

“Plus FC tidak mempunyai masalah untuk beroleh kemenangan di Kota Bharu. Lagipun berdasarkan suasana pada malam ini(kelmarin) pun, tidak banyak bezanya. Jadi kami sudah bersedia mengharungi perlawanan di sana nanti.

“Cuma saya berharap kawalan keselamatan yang lebih ketat ketika di sana nanti,” kata pengendali Plus FC, Mat Zan Mat Aris.

Mengenai jaringan penyamaan Plus FC, jurulatih Kelantan, B Sathianathan berkata: “Saya terpaksa terima apa sahaja keputusan. Kami masih pulang ke Kota Bharu berbekalkan kelebihan jaringan di tempat lawan.”

Menurutnya, bukan mudah untuk mana-mana pasukan mendapat kemenangan di Kota Bharu.

“Apatah lagi mendapat sokongan berbelah bahagi daripada peminat," katanya.

Ketika diminta mengulas jaringan penyamaan Plus FC, jawab Sathianathan mudah: “Biarlah orang bijak pandai di FAM (Persekutuan Bola Sepak Malaysia) yang mencari jawapannya.”

Sumber : Sinar Harian


Comments :

have 0 comments at “RED WARRIOR'S TUNGGU DI KOTA BHARU”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB