|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Setelah tewas di padang lawan tanpa kehadiran kesebelas pemain utama Red Warrior’s, kini Kelantan bakal menurunkan kembali pahlawan tersebut dalam perlawanan menen-tang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muham-mad ke-IV, malam ini.

Pada perlawanan lalu, pasukan Red Warrior’s berjaya menundukkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1, hasil sentuhan ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Maha-yuddin dan Mohd Nor Far-han Muhammad.

Pengerusi Jawatankuasa Pengu-rusan Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, pada perlawanan malam ini pasukan Kelantan akan menurunkan kesemua pemain utama dalam perlawanan akhir peringkat liga Kumpulan E.


“Kami akan turunkan kekuatan penuh malam ini. Dari segi persiapan tidak banyak bezanya dengan perlawanan sebelum ini lebih-lebih lagi bagi menghadapi peringkat suku akhir perlawanan.

“Dalam perlawanan malam ini kami nak mencapai kemenangan. Lebih-lebih lagi setelah beberapa perlawanan kebanyakan pemain sudah ada keserasian dalam mengikuti rentak perlawanan,” katanya.

Menurutnya, B.Sathianathan telah memantapkan lagi prestasi pemain Red Warrior’s ke tahap yang membanggakan dan beliau meletakkan harapan yang tinggi dalam perlawanan malam ini.

“Walaupun ATM bukanlah pasukan pilihan tetapi pemain tak boleh memandang rendah kebolehan pasukan lawan lebih-lebih lagi mereka berjaya berikan saingan yang sengit dalam perlawanan sebelum ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Comments :

have 0 comments at “ ”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB