KELANTAN TURUN YANG TERBAIK

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


KHALID JAMLUS (kiri) terus menjadi taruhan Kelantan.

KELANTAN tetap menurunkan kesebelasan utama pada perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV malam ini meskipun perlawanan tersebut merupakan pelengkap jadual dalam saingan Kumpulan E Piala Malaysia, lapor LUQMAN HAKIM AB. RAHIM.

Walaupun sudah layak ke suku akhir, pasukan Wira Merah menganggap perlawanan menentang ATM adalah pertembungan penting kerana ia sebahagian daripada persediaan menghadapi suku akhir minggu depan.

Lebih melegakan, skuad utama pasukan ini bebas daripada masalah kecederaan dan pemain utamanya bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa.



Selepas merehatkan barisan utama ketika perlawanan menentang Kedah baru-baru ini yang berakhir dengan kekalahan, Kelantan masih mahu memburu kemenangan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim berpendapat, sebarang kelemahan yang ada pada barisan pemainnya hanya dapat dikesan melalui perlawanan sebenar selain sesi latihan yang dijalankan.

"Saya tak mahu pemain beraksi sambil lewa dalam perlawanan esok (malam ini). Mereka harus menganggapnya sebagai misi yang penting walaupun kita sudah layak ke suku akhir.

"Cuma, jangan terlalu ghairah, elak diri daripada tercedera dan sajikan persembahan yang mantap," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Azman berharap kepada penyokong tempatan supaya dapat hadir ke perlawanan tersebut untuk memberi sokongan padu kepada pasukan itu.

Selain itu beliau menasihatkan supaya peminat tempatan tidak terlalu ghairah ketika menonton perlawanan sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan perlawanan.


Comments :

have 0 comments at “KELANTAN TURUN YANG TERBAIK”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB