GANJARAN MENANTI RED WARRIORS JIKA MENJUARAI PIALA MALAYSIA

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU – Pasukan bola sepak Kelantan dijanjikan ganjaran setimpal sekiranya mereka berjaya menjuarai Piala Malaysia musim ini, kata Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, ganjaran itu adalah komitmen dan penghargaan kerajaan negeri kepada pasukan berkenaan.

“Kerajaan Negeri akan memberikan sumbangan itu sejajar dengan kejayaan Kelantan di dalam bidang sukan bola sepak.


“Saya nak sebut Kerajaan Kelantan akan memberikan sedikit sumbangan jika kita menang,” katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Raya Aidilfitri di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Kelmarin, Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi RM5,000 kepada Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Skuad Red Warriors itu berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri juga akan membina sebuah stadium dengan keluasan tanah 10 hektar di Bandar Baru Tunjung di sini.

“Cumanya kita sedang fikirkan sama ada kita nak bangunkan sendiri ataupun kita akan minta geran daripada kerajaan pusat,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan kelmarin, Nik Aziz turut melahirkan kekecewaan dengan sikap penonton dan penyokong Kelantan yang melontar mercun serta mengibarkan bendera politik.

Menurutnya, sikap dan tindakan penyokong yang melontar mercun itu membahayakan orang lain, jika terkena letupan mercun itu serta mengejut pihak lain manakala sikap mengibarkan bendera parti politik itu tidak mencerminkan semangat kesukanan sebenar.

“Pergi sahaja tengok bola sudah la.. Kalau hendak pun kita takbir tidak payah buat perkara macam itu,” katanya.

Lain-lan berita...


KOTA BHARU- Ketua Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan menyifatkan kemenangan Kelantan ke atas skuad Singa Utara malam kelmarin hanyalah bernasib baik.

“Kemenangan anak buah saya dalam perlawanan kelmarin secara bernasib baik malah prestasi mereka kurang baik daripada perlawanan sebelum ini. Perlis dilihat lebih menguasai perlawanan berbanding pasukan kita.

“Kelantan lambat menguasai perlawanan dan di babak kedua baru mereka menguasai perlawanan sepenuhnya. Itu pun banyak peluang terlepas dan kita hanya berjaya meraih satu gol di babak kedua sahaja,” katanya.

Menurutnya, Kelantan perlu berwaspada dalam perlawanan timbal balik pada 1 November akan datang di Stadium Utama, Kangar, Perlis.

“Kalau kita boleh mendapatkan dua gol di tempat sendiri, pihak lawan pun boleh mendapatkan balik jaringan tersebut dalam perlawanan timbal balik Sabtu ini. Kita perlu berjaga-jaga dengan pasukan Perlis.

“Oleh itu, pemain Kelantan perlu sentiasa berwaspada dengan ancaman yang bakal dihadapi kelak kerana Perlis merupakan sebuah pasukan yang sentiasa berada di tangga teratas liga,” katanya.

Dalam perlawanan kelmarin, Kelantan turut dikejutkan setelah Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin di layang kad kuning dalam cubaan untuk menghalang asakan daripada Mohd Fauzi Nan pada minit ke 49.

“Kejadian itu bakal mengganggu percaturan pemain Kelantan yang telah disusun terlebih dahulu tetapi saya tidak berapa pasti berapa jumlah kad kuning yang telah dikenakan pada Indra. Setahu saya dia hanya dikenakan dua kad kuning sahaja.

“Kini pemain hanya ada tiga hari waktu berehat. Tolak waktu perjalanan ke sana hanya dua hari sahaja waktu rehat untuk pemain. Selepas itu mereka perlu bersedia untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Selain itu, beliau turut memuji prestasi Mohd Khalid Jamlus dalam perlawanan kelmarin walau hanya berpeluang untuk beraksi selama 19 minit. Kehadirannya bagaikan mendatangkan keajaiban untuk kejayaan pasukan.

B.Sathianathan turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada penyokong Kelantan yang membanjiri stadium sebagai pembakar semangat kepada pemain Red Warrior’s.

Sumber : Sinar Harian


Comments :

have 0 comments at “GANJARAN MENANTI RED WARRIORS JIKA MENJUARAI PIALA MALAYSIA”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB