'DEMAM' BOLA DI KELANTAN

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


PENYOKONG pasukan Kelantan berebut-rebut untuk membeli tiket perlawanan antara Kelantan dengan Perlis di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu pagi semalam.



KEGILAAN bola sepak di Kelantan semakin memuncak selepas sang Kijang melakar kejayaan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia.

Perlawanan menentang Perlis di Stadium Sultan Muhammed IV malam tadi cukup memberi impak yang besar terhadap fenomena bola sepak di negeri berkenaan.

Apa tidaknya, penyokong fanatik Kelantan sudah membanjiri stadium keramat mereka seawal pukul 7 pagi untuk mendapatkan tiket di kaunter stadium yang hanya dibuka tiga jam kemudian.


Keghairahan untuk mendapatkan tiket perlawanan menyebabkan beberapa penonton tiba- tiba jatuh pengsan akibat kepanasan dan sesak nafas.

Seorang peminat, Abdul Mukmin Hassan, 29, berkata, dia tiba di stadium kira-kira pukul 7.30 pagi dan mendapati kawasan berhampiran kaunter tiket sudah di penuhi orang ramai.

Menurutnya, 15 minit sebelum kaunter tiket dibuka, keadaan mula gamat dan kecoh apabila berlaku tolak menolak di kalangan peminat untuk mendapatkan tiket.

"Keadaan seumpama ini mungkin tidak berlaku sekiranya kaunter dibuka lebih awal kerana kelewatan ini menyebabkan orang ramai sudah lama membanjiri kawasan.

"Selain itu, tiada anggota keselamatan sama ada polis mahu pun Rela yang ditempatkan di kawasan itu menyebabkan keadaan tidak terkawal," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, dia terpaksa merangkak keluar dari kawasan kaunter tiket kerana orang ramai mula berasak- asak dan tidak berbaris seperti yang diarahkan.

Kosmo! difahamkan, kira- kira pukul 12 tengah hari semalam kesemua tiket telah habis dijual menyebabkan sebahagian peminat pulang hampa.

Sementara itu, bagi Mohd. Azamie Ibrahim, 18, dia terpaksa pulang hampa apabila gagal mendapatkan tiket walaupun telah datang seawal pukul 9 pagi.

"Saya tengok orang ramai sudah mula bersesak di kaunter tiket dan keadaannya begitu sukar untuk saya masuk mendapatkan tiket dalam keadaan itu.

"Kira-kira dua jam kemudian saya datang kembali dan mendapati tiket sudah habis di jual dan ia sangat mengecewakan," ujarnya.


Comments :

have 0 comments at “'DEMAM' BOLA DI KELANTAN”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB