BURU PIALA MALAYSIA SETELAH 38 TAHUN KETINGGALAN

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Sejak bermulanya Piala Malaysia pada 1921, pasukan Kelantan pernah melayakkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir pada 1955. Walau bagaimanapun pasukan Kelantan tewas, 3-1, di tangan pasukan juara bertahan Piala Malaysia, Singapura.

Malah pada 1970, sekali lagi pasukan Kelantan melangkah ke akhir perlawanan tetapi tewas pula di tangan pasukan Perak, 1-0.

Sejak 38 tahun kebelakangan ini, pasukan Kelantan dilihat gagal untuk mempamerkan kebolehan dan tewas di peringkat pusingan pertama lagi. Kini The Red Warrior’s berada di landasan yang betul setelah bangkit dari kejatuhan lalu.


Jaringan tunggal ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin melalui sepakan percuma pada minit ke-49 memastikan pasukan Pahlawan Merah berjaya mengutip tiga mata penuh pada aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V pada 29 September lalu.

Ternyata pertembungan naib juara Piala FA musim ini, Kelantan bertemu juara treble 2008 menggamit penyokong setia Merah Putih dengan memenuhi segenap ruang di stadium semasa perlawanan sedang dilangsungkan.

Situasi dan kemeriahan di stadium pada masa perlawanan tersebut seumpama pertembungan di pentas akhir kejuaraan biarpun sebenarnya perlawanan itu merupakan aksi kedua peringkat kumpulan sahaja bagi kedua-dua pasukan.

Dengan kesudahan di luar jangkaan ramai dalam pertembungan tersebut, anak buah Azraai Khor Abdullah sekali lagi menerima kekalahan pertama setelah sekadar seri, 1-1, dengan ATM.

Ternyata aksi yang dipamerkan anak buah B Sathianathan lebih mencuri tumpuan malah barisan yang diturunkan pada perlawanan tersebut mengejutkan Kedah selaku juara bertahan Piala Malaysia.

Barisan tersebut yang diketuai oleh Indra Putra Mahayuddin, Mohd Halim Napi, Nazrulerwan Makmor, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Daudsu Jamaluddin, Mohd Zamri Ramli, Khairan Eroza razali, Che Hishamuddin Hassan, Rizal Fahmi Abdul Rosid, Mohd Khalid Jamlus, Mohd Ailim Fahmi dan Mohd Norfarhan Muhammad nyata berbisa.

Akan datang pasukan Kelantan bakal bertemu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 3 Oktober di Stadium MPS, Selayang. Mampukah pasukan Kelantan sekali lagi memberikan kejutan kepada pasukan lain.

Sumber: Sinar Harian

Comments :

have 0 comments at “BURU PIALA MALAYSIA SETELAH 38 TAHUN KETINGGALAN”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB