BUKAN LALUAN MUDAH DI TEMPAT SENDIRI

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kedudukan seri di hadapan kira-kira 10,000 penonton di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, 1-1, ketika bertemu pasukan dari kumpulan A, KL Plus kelmarin masih tidak memberikan keselesaan buat pasukan Red Warrior’s.

Menurutnya, di peringkat suku akhir, kedudukan Kelantan kini masih tidak selesa dan perlawanan timbal balik Sabtu ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV bukan laluan mudah buat pasukan ini untuk mara ke perlawanan separuh akhir.

“Bermain di tempat sendiri tidak memberikan kelebihan buat pasukan tuan rumah kerana macam-macam boleh jadi. KL Plus ternyata bagus dan mereka pernah menewaskan sebuah pasukan yang jauh lebih kuat dan kita perlu lebih berhati-hati.


“Bagi saya, perlawanan akan datang tidak menjamin sangat kejayaan pasukan kerana kini Kelantan berada dalam situasi ‘kalah mati’. Kesemua pemain perlu memberikan yang terbaik dari segi tumpuan dan perhatian dalam perlawanan Sabtu ini,” katanya.

Ketua Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan berkata, keputusan ini memberikan kelebihan kepada Kelantan untuk beraksi di tempat sendiri bagi perlawanan kedua.

“Kesungguhan pemain, sokongan peminat setia dan prestasi yang memuncak menjadi adunan terbaik untuk menghalang pasukan KL Plus daripada menang di sini,” katanya.

Gol pembukaan Red Warrior’s disempurnakan menerusi ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menerusi rembatan padu dari posisi luar kotak penalti pada minit ke-14 separuh masa pertama.

KL Plus yang ketinggalan kemudiannya berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-30 apabila Mohd Fadzli Saari melepasi perangkap ‘offside’ sekali gus melepasi kawalan penjaga gol utama Kelantan, Halim Napi yang sudah terkeluar daripada posisi tersebut.

Jaringan tersebut mengundang kemarahan pemain dan penonton Kelantan yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Namun pengadil itu tidak berganjak dengan keputusan tersebut dan perlawanan tersebut telah diakhiri dengan keputusan seri, 1-1.


Comments :

have 0 comments at “BUKAN LALUAN MUDAH DI TEMPAT SENDIRI”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB