ATM MANGSA BALAS DENDAM KELANTAN

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Setelah tewas di tangan Kedah di Alor Star, Kelantan membalas kekalahan tersebut kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-0, pada babak kedua perlawanan.

Keputusan tersebut sekali gus memastikan pasukan Red Warrior’s menjuarai dalam saingan peringkat Kumpulan E, Piala Malaysia 2009.

B.Sathianathan menu-runkan kekuatan penuh dalam perlawanan semalam membuahkan hasil dengan menurunkan kesemua kesebelas pemain utama iaitu Indra Putra Mahayuddin, Mohd Halim Napi, Mohd Nazrul Irwan, Mohd Nor Farhan, Che Hishamuddin Hassan, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Rizal Fahmi Rosid, Ahmad Azlan Zainal, Zairul Fitree Ishak, Mohd Khalid Jamlus, dan Mohd Hanif Mohd Nor.


Beraksi di depan penyo-kong sendiri di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, pasukan tuan rumah memulakan rentak agak berhati-hati dengan beberapa siri serangan pantas.

Kesemua percubaan pemain Kelantan di separuh masa pertama di lihat tersasar daripada sasaran.

Sebaliknya, pasukan ATM meningkatkan lagi serangan demi serangan sehingga memaksa barisan pertahanan pasukan Kelantan bertahan.

Bagaimanapun, peluang terbuka setelah disempurnakan oleh Che Hishamuddin Hassan pada minit ke-38 meledakkan lagi semangat pemain Red Warrior’s.

Sehingga tamat separuh masa pertama Kelantan mengekalkan mata jaringan tanpa balas.

Selepas rehat, pasukan ATM yang ketinggalan satu gol menambahkan asakan demi mencari gol penyamaan namun pertahanan Kelantan nyata tidak memberikan peluang buat pasukan pelawat.

Pada minit ke-55, pemain berjersi nombor 10, Mohd Nor Farhan pantas menambahkan lagi mata jaringan melalui sepakan kencang melepasi penjaga gol ATM, Mohd Khairul Anuar.

Tiga minit kemudian, ketua pasukan Kelantan berjersi nombor 23, Indra Putra Mahayuddin dengan mudah mencari peluang menyempurnakan gol ketiga buat pasukan Kijang.

Manakala 20 minit terakhir dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan tidak disia-siakan Indra apabila berjaya menyumbat masuk dua gol pada minit ke-71 dan 81, sekali gus berjaya melakukan ‘hatrick’ dalam perlawanan semalam.

Malang buat pemain Mohd Nor Farhan apabila sekali lagi dia dilayangkan kad kuning setelah mengasari ketua pasukan ATM, Suhaimi Ishak lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Ketua Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan gembira dengan prestasi yang telah dipamerkan anak buahnya dalam perlawanan semalam pada separuh masa kedua.

“Saya gembira melihat kemajuan yang telah dipamerkan pemain Red Warrior’s di separuh masa kedua. Tetapi saya tidak berpuas hati dengan aksi mereka di separuh masa pertama walau banyak serangan dilancarkan ia disia-siakan.

“Saya paling berpuas hati dengan cara mereka simpan bola dan jarang bagi peluang kepada pihak lawan. Kemenangan semalam merupakan satu petanda yang baik buat pasukan Red Warrior’s musim ini,” katanya.

Sumber : Sinar Harian


Comments :

have 0 comments at “ATM MANGSA BALAS DENDAM KELANTAN”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB