SATHIA JURULATIH BARU KELANTAN

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh Siti Fatimah Hassan
bhsukan@bharian.com.my

BEKAS jurulatih kebangsaan, B Sathianathan disahkan akan membimbing Kelantan berkuatkuasa, hari ini dalam mengharungi kempen Piala Malaysia yang membuat sepakmula, Sabtu ini.

Pengesahan Sathia selaku pengganti Peter Butler - yang meninggalkan skuad 'Red Warriors' secara mengejut minggu lalu - diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, semalam.

"Pemergian mengejut Butler tidak mematahkan semangat kami untuk mengharungi Piala Malaysia. Malah kami bertuah kerana dalam masa singkat berjaya mendapatkan khidmat Sathia.


"Pengalamannya yang cukup luas, baik di peringkat negeri, kebangsaan mahu pun antarabangsa akan memberi suntikan baru kepada pasukan," katanya.

Menurut Annuar, Kafa pada awalnya mahu penolong jurulatih, Hashim Mustapha, memangku tanggungjawab itu, tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana Hashim tidak memiliki sijil kejurulatihan ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Annuar turut mengesahkan Kafa akan menyerahkan isu peletakan jawatan mengejut Butler kepada FAM untuk tindakan lanjut sama ada akan memaklumkan kes itu kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Comments :

have 0 comments at “SATHIA JURULATIH BARU KELANTAN”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB