NAZRUL YAKIN KELANTAN MARA KE FINAL

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my

BEKAS pertahanan kental Selangor, Nazrul Erwan Makmur meluahkan keyakinan betapa skuad The Red Warriors yang baru disertainya secara pinjaman dua minggu lalu, memiliki ramuan secukupnya untuk memahat impian bergelar finalis Piala Malaysia, musim ini.

Berdasarkan pengamatannya, Nazrul Erwan menyifatkan, Kelantan seharusnya tiada masalah ke suku akhir walaupun menyedari saingan sengit bakal dijelmakan juara bertahan, Kedah sambil tidak sesekali memperkecilkan kemampuan Pulau Pinang dan Tentera dalam Kumpulan E.


Malah pemain pinjaman dari Felda United itu menegaskan, sejak bersama skuad Kelantan, dia mula menetapkan sasaran peribadi untuk sekali lagi mengecapi aksi final selepas kali terakhir melakukannya ketika membantu Selangor menjulang tiga piala pada 2005.

“Kalau melihat kepada undian di peringkat kumpulan, Kelantan berpeluang cerah untuk ke suku akhir, tetapi secara peribadi saya meletakkan sasaran untuk mara ke final,” katanya.

Nazrul Erwan berkata, dia tiada masalah menyesuaikan diri dengan sebahagian besar rakan sepasukan dalam skuad Kelantan seperti Khalid Jamlus, Indra Putra Mahayuddin dan Shahrizan Ismail kerana pernah beraksi bersama Selangor.

“Saya juga tiada masalah memahami corak latihan yang diterapkan jurulatih, Peter Butler kerana pernah beraksi di bawah bimbingannya ketika bersama Sabah, beberapa musim lalu,” katanya.

Comments :

have 0 comments at “NAZRUL YAKIN KELANTAN MARA KE FINAL”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB