NARATHIWAT PUAS HATI WALAU TEWAS

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU- Walau tewas di tangan pasukan tuan rumah, Pasukan Bola Sepak Narathiwat berpuas hati dengan perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-1V.

Perlawanan kali kedua antara kedua-dua buah pasukan ini mengeratkan lagi hubungan dua hala di persatuan bola sepak antara dua negara pada tahun 2009. Pasukan ini juga berjaya mengungguli Liga Divisyen Dua di Selatan Thailand.

Pengerusi Pasukan Bola Sepak Narathiwat, Mohd Salleh Ramli berkata, perlawanan yang berlangsung kelmarin sangat menarik.


“Walau kami hanya berlatih selama seminggu di samping ada pemain kami yang menjalani ibadah puasa, saya rasakan punca kekalahan pasukan Narathiwat adalah kekurangan latihan.

“Lagipun pasukan kami berpecah kepada dua kerana pasukan utama sedang bermain di Sukma Thailand manakala pasukan yang datang ke sini terdiri daripada pasukan campuran dengan skuad remaja bawah 27 tahun,” katanya.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana pasukan Narathiwat FC dijemput buat kali kedua untuk bersaing di perlawanan persahabatan.

“Saya ingin mengambil peluang untuk berterima kasih kepada pihak KAFA atas persiapan yang disediakan dan kesudian mereka mengajak pasukan kami untuk bertanding.

“Saya juga ingin menjemput pasukan Kelantan ke Thailand untuk bersama-sama bersaing dalam perlawanan persahabatan yang akan diadakan di sana. Jika ada peluang kami berharap pasukan Kelantan boleh meluangkan masa dalam bulan Oktober,” katanya.

Menurutnya, pada 24 Oktober akan datang, peminat bola sepak di Malaysia dijemput untuk menyaksikan perlawanan pasukan ‘all star’ Selatan Thailand di Stadium Narathiwat.

“Kesemua penyokong bola sepak di negeri Kelantan di jemput hadir bersama-sama bagi memeriahkan lagi perlawanan yang di adakan di Thailand. Perlawanan ini bakal memberikan kepuasan kepada peminat bola sepak,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Comments :

have 0 comments at “NARATHIWAT PUAS HATI WALAU TEWAS”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB