KELANTAN TANPA KELIBAT BUTLER

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
bhsukan@bharian.com.my

Peter Butler (Gambar)

Tamparan buat 'Red Warriors' ketika Piala Malaysia kian hampir: Annuar

SKUAD Kelantan yang bersiap menghadapi saingan Piala Malaysia yang bermula minggu depan dikejutkan dengan peletakan jawatan ketua jurulatihnya, Peter Butler, berkuatkuasa petang kelmarin.

Peletakan jawatan itu dikaitkan dengan masalah kesihatan yang dihadapi isteri Butler yang kini sudah pulang ke England, pada ketika khabar angin juga menyebut dia akan melatih kelab Yangon United di Myanmar.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau terkejut apabila menerima faks daripada jurulatih itu yang mengatakan mahu meletak jawatan dengan alasan isterinya sakit.

“Dalam saat genting dengan hanya tinggal seminggu lagi Kelantan akan bertanding bagi Piala Malaysia, tiba-tiba dikejutkan dengan berita ini yang sekali gus memberi tamparan hebat dalam memastikan kejayaan pasukan The Red Warriors dalam kempen piala itu," katanya.

Annuar berkata, sepanjang Butler mengemudi Kelantan, dia menunjukkan prestasi cemerlang dan menampakkan kesungguhan sehingga mampu menaikkan nama pasukan itu.

“Kafa menerima keputusan ini dengan sabar memandangkan Peter mempunyai masalah peribadi dan pasti kami akan kecewa sekiranya dia sanggup menjadi jurulatih di negara lain seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini," katanya.

Annuar berkata, Kafa akan merujuk kepada terma dalam kontrak berhubung peletakan jawatan itu, kerana tempoh perjanjian adalah sehingga November ini.

Beliau berkata, bagi menghadapi Piala Malaysia nanti, Kafa sudah sepakat mengambil Hashim Mustafa selaku jurulatih sementara dan akan dibantu jurulatih Piala Presiden bagi memastikan prestasi pemain tidak terjejas.

"Pemain juga sudah berjanji akan memberikan prestasi terbaik dan menjadikan pemergian Peter sebagai cabaran yang harus ditempuhi dalam mencipta kemenangan," katanya.

Comments :

have 0 comments at “KELANTAN TANPA KELIBAT BUTLER”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB