AGM KELATE.NET

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Salam sejahtera,
Seperti yg tuan-tuan sedia maklum, baru-baru ini kita telah membuka keahlian untuk KELAB PENYOKONG SIBER BOLASEPAK KELANTAN ( KELATE.NET) dan sehingga ke hari ini kita telah berjaya memdaftar lebih dari 100 ahli ( sasaran awal 100).

Dengan itu sebagai memenuhi Perlembagaan Kelate.Net,satu MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG PERTAMA untuk Kelate.Net. Butiran mesyuaratnya adalah seperti berikut:

Masa: 8.30 pagi
Tarikh: 22hb September 2009 (Hari Raya Ketiga)
Tempat: Juita Inn Premier Hotel, Kota Bharu.


Untuk melicinkan mesyuarat ini saya bercadang untuk melantik :

1. Saudara Poknik- Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
2. Saudara Betterman- Pengerusi Jawatankuasa Usul
4. Saudara Merang- Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan

Tugas Pengerusi Jawatankuasa Usul:
1- Menerima usul dari ahli=ahli
2- Menbicangkan usul tersebut layak/tidak
3- Membawa ke agm

Tugas Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan:
1-mengedar borang percalonan kepada ahli
2-menyemak senarai ahli yang layak bertanding
3-mengedar borang pengundian
4- proses kiraan undi.

Tugas bendahari:
1- menyediakan laporan kewangan yang lepas.

USUL:
- setiap ahli berhak membuat apa usul, walaupun begitu presiden dengan ajk usul berhak menerima atau menolak sesuatu usul itu.
-setiap usul mesti di hantar ke ajk usul dalam masa 14 dari tarikh mesyuarat, melalui by hand, surat,emel atau sebagainya.
-setiap usul mesti di cadang dan di sokong oleh ahli dalam mesyuarat nanti. keputusan majoriti akan di ambil kira.

PEMILIHAN:
- setiap ahli yang berdaftar dan membayar yuran keahlian layak untuk bertanding dan mengundi.
-semua percalonan akan di buat secarat tutup (pagi agm)
-Hanya dengan satu percalonan, seseorang itu layak bertanding.
-AJK pemilihan tidak layak bertanding. hanya boleh mengundi.
-setiap ahli yg namanya di calonkan akan diberi peluang untuk menarik diri secara sukarela.

PERCALONAN:

1. Setiap ahli hanya boleh mencalonkan :-
1 nama untuk jawatan PRESIDEN
1 nama untuk jawatan TIMBALAN PRESIDEN
1 nama untuk jawatan SETIAUSAHA
1 nama untuk jawatan BENDAHARI
3 nama untuk jawatan AJK.
2. Jika ahli mencalonkan lebih dari yang sepatutnya, maka AJK pemilihan berhak menolak percalonan jawatan tersebut.

PENGUNDIAN:-

1. Setiap ahli hanya boleh mengundi,
1 calon untuk jawatan PRESIDEN
1 calon untuk jawatan TIMBALAN PRESIDEN
1 calon untuk jawatan SETIAUSAHA
1 calon untuk jawatan BENDAHARI
3 calon untuk jawatan AJK
2. Jika ahli mengundi lebih dari yang sepatutnya, kertas undi itu akan di kira sebagai undi ROSAK.

Yang Benar


Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan
(Kelate.Net)

PERLEMBAGAAN BAGI
KELAB PENYOKONG BOLA SEPAK SIBER KELANTAN

KANDUNGAN

FASAL 1 … NAMA

FASAL 2 … TEMPAT URUSAN

FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

FASAL 4 … TUJUAN/MATLAMAT

FASAL 5 … KEAHLIAN

FASAL 6 … BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

FASAL 7 … PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

FASAL 8 … MESYUARAT AGUNG

FASAL 9 … JAWATANKUASA

FASAL 10 … KEWAJIPAN PEGAWAI-PEGAWAI

FASAL 11 … KEWANGAN

FASAL 12 … PEMERIKSA KIRA-KIRA

FASAL 13 … PENGAMANAH

FASAL 14… TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

FASAL 15 … PENASIHAT/PENAUNG

FASAL 16 … LARANGAN

FASAL 17 … PINDAAN UNDANG-UNDANG

FASAL 18 … PEMBUBARAN


PERLEMBAGAAN BAGI
KELAB PENYOKONG BOLA SEPAK SIBER KELANTAN

FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB PENYOKONG BOLA SEPAK SIBER KELANTAN Selepas ini disebut “Kelab”

FASAL 2 ALAMAT TEMPAT URUSAN

(1) Alamat tempat urusan Persatuan ialah di 4344-N, Jalan Sri Cemerlang, Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu Kelantan atau di tempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa . Alamat surat menyurat Persatuan ialah di 4344-N, Jalan Sri Cemerlang, Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu Kelantan. Alamat tempat urusan dan surat menyurat tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 BENDERA LAMBANG DAN LENCANA

(a) Jika Pertubuhan bercadang hendak menggunakan bendera, lambang lencana atau simbol-simbol lain, huraian mengenai rekabentuk dan warnanya hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tepat)

(b) Contoh simbol-simbol itu yang berwarna hendaklah dilampirkan.
( Rujuk Lampiran A )

FASAL 4 TUJUAN

(1) Untuk memberikan infomasi serta perkembangan terkini berkenaan dengan Pasukan Bola Sepak Kelantan merangkumi Pasukan Liga Perdana, Piala Presiden, Piala Belia dan Piala Akademik.

(2) Memberikan ruang kepada peminat untuk memberikan komen, cadangan serta teguran membina untuk membantu meningkatkan mutu bola sepak Kelantan.

(3) Membina satu hubungan persaudaraan di antara peminat-peminat bola sepak baik di negeri Kelantan mahupun di luar Kelantan melalui aktiviti dan program yang dijalankan.
(4) Memberikan liputan serta ulasan melibatkan pasukan Kelantan sebelum perlawanan berlangsung, ketika berlangsung dan selepas berlangsung melalui saluran internet termasuklah laman web.

FASAL 5 KEAHLIAN

(1) Keahlian adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas kelahiran Negeri Kelantan atau yang menetap di Negeri Kelantan

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

(4) Seseorang yang berumur kurang dari 18 tahun hendaklah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis dari ibu bapa/ penjaga sebelum boleh diterima menjadi ahli persatuan.


FASAL 6 BAYARAN MASUK , YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

Ahli Biasa

Yuran masuk : RM 5.00
Yuran Tahunan : RM 10.00

(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh tiga bulan dari awal tiap-tiap tahun.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaanya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1) Ahli yang hendak berhenti deripada menjadi ahli Persatuan, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 8 MESYUARAT AGUNG

(1) Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk mesyuarat.

(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa ; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah :

(a) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam tahun yang lalu ;

(b) Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;

(c) Memilih Ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk dua tahun sekali.

(d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.

(5) Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan :

(a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau

(b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.

(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(8) Fasal 7 (1) dan 7 (2) didalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 9 JAWATANKUASA

(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih didalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap dua tahun sekali:

Seorang Presiden
Seorang Timbalan Presiden
Seorang Setiausaha
Seorang Bendahari
9 orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

(2) Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

(3) Nama untuk jawatan di Fasal 8 (1) di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihannya dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap dua tahun sekali.

(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh tiga (3) bulan.Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan Ahli-Ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;

(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu ; dan

(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

(d) Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan didalam Jawatankuasa.

(8) Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu , maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.

(10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika
mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang
Ahli Jawatankuasa

FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1) Seorang Presiden dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

(2) Timbalan Presiden akan memangku jawatan Presiden dan menjalankan tugas-tugas Presiden semasa ketiadaannya.

(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan,nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan , 1966.

(4) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha.

(5) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 11 KEWANGAN

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.

(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.

(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 (Ringgit Malaysia Seribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa , dan perbelanjaan yang lebih dari RM 5000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang dari RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari.

(5) Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat urusan Persatuan.

(6) Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA

(1) Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

(2) Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga jika dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 13 PENGAMANAH

(1) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendakklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Semua harta tetap kepunyaan Persatuan akan diamanahkan pada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

(2) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Persatuan.

(3) Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baharu dilantik di dalam Mesyuarat Agung.

FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Diantara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG

Jawatankuasa boleh , jika difikirkan perlu , melantik orang-orang yang layak menjadi Pensihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 16 LARANGAN

(1) Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pau Kau, Tau Ngau, tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puloh Satu, Tiga Puloh Satu, Sepuloh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, permainan video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

(2) Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959;

(3) Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;

(4) “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.

(5) Mana-mana orang tidak boleh memegang jawatan dalam persatuan, menjadi penasihat atau pekerja pesatuan juka ia telah hilang kelayakan menurut Seksyen 9А Akata Pertubuhan, 1966.

FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung ahli-ahli. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 18 PEMBUBARAN

(1) Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dan hadir dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

(2) Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.


………………………………… ……………………………………
PRESIDEN SETIAUSAHA
Nama ( ) Nama ( )


Lampiran A

1. Bintang kecil lima bucu mewakili 12 persatuan bolasepak jajahan yang terdapat di neger Kelantan.

2. Warna merah beserta lambang negeri Kelantan mewakili bendera negeri Kelantan yang digunakan pada logo kelab ini.


3. Binatang Kijang menyepak bola pula melambangkan maskot rasmi bola sepak kelantan dan merupakan gelaran bagi skuad bolasepak Kelantan iaitu ”Skuad Kijang”.

4. Perkataan ‘www.kelate.net’ dipaparkan bagi menunjukkan saluran rasmi Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan.


5. Warna merah yang terdapat disekitar loga kelab pula mewakili semangat yang tidak berbelah bahagi ahli kelab dalam memberikan sokongan buat pasukan bolasepak Kelantan.

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN

Tarikh :
Masa :
Tempat :

Kehadiran :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Minit Peunubuhan

1. Ucapan Aluan Pengerusi:

2. Persetujuan Menubuh Pertubuhan:

……………mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan ‘Pertubuhan ABC’
…………………………………………………………………………..
3. Pemilihan Ahli Jawatankuasa:

Untuk menerahui Pertubuhan ini satu Jawatankuasa seperti beriku telah dipilih:

Presiden :

Timb. Presiden :
Setiausaha :
Pen. Setiausaha :
Bendahari :
Pen. Bendahari :
6 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa :
:
:
:
:
:


4. Pengesahan Perlembagaan

Mesyuarat telah bersetuju unutk menerima pakai undang-undangn yang dibentangkan sebagai undang-undang tubuh “ Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan”.

5. Alamat Berdaftar

Mesyuarat bersetuju 4344-N, Jalan Sri Cemerlang, Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu Kelantan, dijadikan alamat berdaftar dan alamat pos pertubuhan ini.

Mesyuarat ditangguhakan jam……….



Tandatangan asal tandatangan asal
……………………………… …………………………………
( Nama ) ( Nama )


Comments :

have 0 comments at “AGM KELATE.NET”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB