WIRA MERAH JUMPA CITY

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh ZAID MOHD. NOOR
zaid.mohdnoor@kosmo.com.my

JIKA pasukan kebangsaan mendapat pengalaman berguna ketika menentang Manchester United bulan lalu, skuad bola sepak Kelantan juga tidak kurang hebatnya.

Skuad Wira Merah itu dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Manchester City sempena lawatan mereka ke Old Trafford pada 13 hingga 24 Ogos ini.


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, perlawanan persahabatan dengan City bakal diadakan pada 18 Ogos.

ANNUAR (kiri) menyampaikan dokumen lawatan ke Old Trafford kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan pasukan Kelantan, Azman Ibrahim di Wisma Kafa, Kota Bharu semalam.

Malah Annuar berkata, Kafa bercadang mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan sepanjang berada di England termasuk dengan sebuah lagi kelab terkenal.

“Perlawanan persahabatan itu diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru di kalangan pemain-pemain muda Kelantan,” kata Annuar pada majlis taklimat lawatan pasukan Kelantan ke Old Trafford di Wisma Kafa di Kota Bharu semalam.

Selain itu, pemain Kelantan juga berpeluang menyaksikan perlawanan pembukaan Liga Perdana England antara United dan Birmingham City pada 15 Ogos.

“Jumlah keseluruhan yang mengikuti lawatan itu ialah seramai 83 termasuk 35 barisan pemain dan pegawai.

“Turut mengikuti lawatan itu peminat pasukan Kelantan yang ingin bercuti bersama pemain Kelantan,” tambah Annuar.

Annuar berkata, lawatan itu merupakan hadiah kepada pemain dan pengurus Kelantan selepas layak beraksi pada perlawanan akhir Piala FA musim ini.

Menurutnya, mereka juga akan melancong ke beberapa destinasi menarik di sekitar London.

Comments :

have 0 comments at “WIRA MERAH JUMPA CITY”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB