LIGA M : KELAB ANCAM TARIK DIRI

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN besar pasukan kelab yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini mengancam untuk menarik diri daripada saingan musim 2010.

Bagaimanapun, mereka hanya akan bertindak demikian sekiranya sesi taklimat kelayakan pasukan Liga M 2010 hari ini menetapkan format baru yang bakal mengasingkan pasukan negeri dan pasukan kelab untuk saingan Liga Super dan Liga Perdana.

Sumber Kosmo! daripada beberapa kelab bola sepak tersebut berkata, mereka sudah bersetuju melakukan tindakan itu sebagai membantah langkah yang berkemungkinan besar bakal diambil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


"Beberapa kelab sudah bersetuju untuk menarik diri daripada liga sekiranya FAM memisahkan satu divisyen untuk kelab dan satu divisyen bagi pasukan negeri.

"Kelab kami pun juga kemungkinan besar akan menarik diri juga kalau perkara tersebut betul-betul berlaku," katanya kepada Kosmo! semalam.

Malah, wakil pasukan kelab- kelab tersebut juga bersepakat untuk keluar meninggalkan terus sesi taklimat pagi ini seandainya format baru yang dipilih FAM itu mengasingkan pasukan kelab dan pasukan negeri.

"Kami sepakat akan keluar daripada bilik taklimat jika itu berlaku. Bagi kami, saingan Liga Super dan Liga Perdana yang ada ketika ini wajar diteruskan.

"Ia tampak lebih kompetitif dan berdaya saing kerana berlaku kenaikan dan penurunan pasukan dalam liga. Jika diasingkan negeri dan kelab, pasti Liga M akan lebih hambar.

"Kami tahu Presiden FAM mahu format liga diubah tetapi apa salahnya kalau perubahan format dibuat untuk musim 2011, bukannya 2010," jelas sumber berkenaan.

Sesi taklimat kelayakan pasukan Liga M 2010 pagi ini bakal dihadiri wakil-wakil daripada semua pasukan negeri dan kelab yang beraksi dalam Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM musim ini.

Ia akan disusuli dengan Majlis Undian Piala Malaysia 2009 yang turut berlangsung di Wisma FAM.

Comments :

have 0 comments at “LIGA M : KELAB ANCAM TARIK DIRI”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB