KIJANG KE OLD TRAFFORD 13 OGOS

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh WAN ZULKIFLI YAACOB
sukan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Sebagaimana yang dijanjikan sebagai hadiah rangsangan, skuad Kijang yang mencipta sejarah layak ke perlawanan akhir Piala FA akan berlepas ke Old Trafford, Manchester pada 13 Ogos ini dalam program 'lawatan sambil belajar'.

Sepanjang berada di sana sehingga 23 Ogos, mereka dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Manchester City pada 18 Ogos ini dan menentang Birmingham pada 20 Ogos.


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, perlawanan itu jika menjadi kenyataan diharapkan dapat memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda Kelantan tentang tahap profesionalisme pasukan ternama.

Bercakap kepada media media dalam majlis taklimat lawatan pasukan Kelantan ke Old Trafford di Wisma KAFA di Kota Bharu, semalam beliau berkata, pengalaman di England kelak tidak harus disia-siakan.

Katanya, pemain Kelantan juga berpeluang menyaksikan perlawanan pembukaan Liga Perdana England musim baru antara Manchester United menentang Birmingham pada 15 Ogos ini.

''Jumlah keseluruhan yang mengikuti lawatan itu ialah seramai 83 termasuk 35 barisan pemain pasukan Kelantan dan pegawainya.

''Turut mengikuti lawatan itu peminat pasukan Kelantan yang ingin bercuti bersama pemain Kelantan," katanya.

Menurutnya, mereka juga melancong ke beberapa destinasi menarik di sekitar London, bandar Oxford dan Birmingham.

''Saya mengharapkan lawatan itu akan dapat memberi suntikan semangat baru kepada pemain untuk meneruskan perjuangan dalam saingan Piala Malaysia selepas ini," ujarnya.

Comments :

have 0 comments at “KIJANG KE OLD TRAFFORD 13 OGOS”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB