KEDAH, SELANGOR DIRAMAL ULANGI PERTEMBUNGAN FINAL TAHUN LALU

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

JUARA bertahan, Kedah dan Selangor dilihat mampu mengulangi pentas pertembungan final Piala Malaysia tahun lalu apabila dipisahkan sehingga perhitungan terakhir pada 21 November ini.

Kedah, yang kehilangan mahkota Liga Super kepada Selangor pada tahun ini pastinya tidak mahu kehilangan satu lagi piala kepada pasukan yang mereka tewaskan 3-2 pada 2008, dengan kedua-dua pasukan itu diundi pada laluan yang akan menyatukan mereka pada detik penentuan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hijau Kuning bimbingan Azraai Khor Abdullah dijangka tidak menghadapi masalah mengungguli Kumpulan E yang turut menampilkan Kelantan, Pulau Pinang dan Tentera.


Pusingan awal peringkat kumpulan bermula 26 September ini.

Kedudukan sebagai juara akan meletakkan mereka pada laluan suku akhir bertemu Perlis yang dilihat sebagai pilihan untuk mengetuai Kumpulan A bersama KL Plus akan memberi cabaran serius dengan Pahang dan Melaka melengkapkan kumpulan.

Dalam undian dijalankan di Wisma FAM, semalam, Selangor yang memerlukan Piala Malaysia untuk melengkapkan sapuan bersih empat kejohanan domestik musim ini, diletakkan bersama-sama Kuala Muda Naza, Sabah dan pasukan tercorot Liga Super, Polis dengan kedudukan tempat pertama akan membolehkan mereka mengelakkan juara kumpulan lain yang diramal, Terengganu dan Johor FC.

Dengan lima kumpulan empat pasukan, sukar untuk diramalkan perjalanan pada kejohanan kali ini kecuali ramalan pertemuan Kedah dan Perlis yang dijangka pada pusingan lapan terakhir.

Azraai melihat ke depan pertembungan pasukannya dengan Perlis pada suku akhir, namun tidak menolak kemungkinan Kelantan merosakkan perancangannya pada peringkat kumpulan.

"Kami bertemu Kelantan dua kali musim ini, kali pertama kami kalah di tempat sendiri, kali kedua kami menang di Kelantan.

"Menentang Perlis, ia adalah perlawanan sesama jiran dan lazimnya adalah sengit," katanya.

Juara lima kumpulan akan layak secara automatik ke suku akhir bersama-sama tiga pasukan kedua terbaik.

UNDIAN
Piala Malaysia 2009


Kumpulan A
Perlis
KL Plus
Pahang
Melaka

Kumpulan B
Terengganu
Negeri Sembilan
Johor
Sarawak

Kumpulan C
Johor FC
Perak
UPB-MyTeam
Kuala Lumpur

Kumpulan D
Selangor
Kuala Muda Naza
Polis
Sabah

Kumpulan E
Kedah
Kelantan
Pulau Pinang
Tentera

Comments :

have 0 comments at “KEDAH, SELANGOR DIRAMAL ULANGI PERTEMBUNGAN FINAL TAHUN LALU”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB