JUMPA CITY, BIRMINGHAM

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh Ismail Muhamad
bhsukan@bharian.com.my

Kelantan ke Old Trafford ganjaran juara Piala FA

KUNJUNGAN Kelantan ke Old Trafford, Manchester dari 13 hingga 24 Ogos ini sebagai hadiah kejayaan ke final Piala FA April lalu, bukan sekadar makan angin apabila skuad itu dijadual menentang kelab Manchester City dan Birmingham dalam aksi persahabatan.


Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa pada majlis penyerahan tiket penerbangan ke Old Trafford kepada 83 ahli rombongan termasuk 35 pemain dan pegawai selain turut disertai peminat setia The Red Warriors di Wisma Kafa, semalam.

Annuar berkata, barisan pemainnya yang menduduki tangga keenam Liga Super yang baru berakhir minggu lalu itu akan menentang Manchester City pada 18 Ogos diikuti Birmingham pada hari berikutnya.

City kini diwakili bintang ternama seperti Carlos Tevez, Emmanuel Adebayor, Robinho dan Roque Santa Cruz tetapi Annuar menjelaskan sehingga kini belum dipastikan barisan mana yang akan diturunkan oleh kedua-dua kelab itu � sama ada skuad utama atau pelapis mereka.

Annuar berkata, perlawanan itu juga diatur bagi memberi pendedahan kepada pemainnya terutama sebagai sebahagian daripada persiapan pasukan menghadapi saingan Piala Malaysia, hujung bulan depan.

"Rombongan membawa 35 pemain dan pegawai pasukan ini ditanggung sepenuhnya oleh Kafa, manakala ia turut disertai rombongan penyokong dari negeri ini yang menanggung sendiri kos mereka.

"Saya harap peluang mengadakan dua perlawanan persahabatan itu memberi pendedahan berguna kepada pemain menjelang saingan Piala Malaysia," katanya.

Selain dua aksi persahabatan itu, skuad Kelantan juga akan berpeluang menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris antara juara bertahan, Manchester United menentang Birmingham di Old Trafford selain mengunjungi beberapa tempat menarik di sana.

Comments :

have 1
Cheni™ berkata...
at date 

Berita ini dipetik daripada Berita Harian Online tanpa sebarang pengeditan.Maklumat yang sebenar "Kelantan ke Old Trafford ganjaran naib juara Piala FA". Harap maklum.

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB