FORMAT LIGA SUPER, PERDANA TAK BERUBAH

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

FORMAT pertandingan bola sepak Liga Super dan Liga Perdana, tahun depan tidak berubah tetapi pasukan wajib mempunyai kedudukan kewangan yang mantap sebelum dibenar mengambil bahagian.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan syarat bahawa pasukan Liga Super perlu membayar deposit penyertaan sebanyak RM150,000 dan mempunyai kedudukan kewangan berjumlah RM2.5 juta dalam bentuk tunai atau tajaan.

Selain pasukan Liga Super, Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata pada musim depan, pasukan Liga Perdana pula perlu membayar deposit RM100,000 dan RM30,000 bagi pasukan Liga FAM.


Katanya kedudukan kewangan pasukan Liga Perdana ialah RM1.5 juta, Liga FAM (RM500,000) dan Piala Presiden antara RM300,000 hingga RM500,000.

"Pasukan perlu mengemukakan bukti atau surat jaminan penaja mengenai kedudukan kewangan masing-masing," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Che Mat berkata semua pasukan perlu mematuhi semua syarat berkenaan sebelum tarikh akhir pendaftaran untuk musim 2010 pada 14 Oktober ini.

Keputusan FAM mengekalkan format musim depan menyaksikan pasukan Pahang dan Polis turun ke Liga Perdana manakala pasukan T-Team dari Terengganu dan Johor beralih ke Liga Super.


Comments :

have 0 comments at “FORMAT LIGA SUPER, PERDANA TAK BERUBAH”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB