FAM KEKAL FORMAT LIGA M 2010

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


TIMBALAN Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad (kiri) dan Che Mat melakukan undian kempen Piala Malaysia 2009 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa format Liga Malaysia (Liga M) musim depan akan dikekalkan sama seperti format sedia ada.

Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM berkata, hanya pengisian dan syarat-syarat penyertaan akan diperketatkan bagi memastikan Liga M berjalan baik dan kebajikan pemain terjamin.

"Secara keseluruhan, hasil perbincangan hari ini (semalam) menetapkan format Liga M bagi musim 2010 hingga 2014 akan terus kekal sama seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat Majlis FAM pada 6 Disem- ber 2008," katanya pada sidang media di Kelana Jaya semalam.


Keputusan tersebut sekali gus menyebabkan Pahang tidak lagi 'diselamatkan' oleh FAM seperti setiap kali format baru diperkenalkan sebelum ini apabila skuad Tok Gajah itu akan diturunkan ke Liga Perdana 2010 bersama-sama PDRM.

Pasukan tempat kedua dan ketiga Liga Perdana, T-Team dan Johor pula akan di- naikkan pangkat beraksi di Liga Super 2010 memandangkan juara Liga Perdana, Harimau Muda hanya berstatus pasukan jemputan.

SDM Kepala Batas yang menduduki tangga tercorot Liga Perdana pula bakal beraksi pada Liga FAM 2010 manakala dua pasukan teratas Liga FAM musim ini, Pos Malaysia dan Tambun Tulang dinaikkan ke Liga Perdana 2010.

Bagaimanapun, Che Mat memberitahu, kesemua pasukan tersebut perlu melepasi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan FAM.

"Ketika mendaftar penyertaan dalam Liga M 2010 pada 14 Oktober depan, pasukan-pasukan perlu membayar deposit sebanyak RM150,000 untuk Liga Super, RM100,000 untuk Liga Perdana dan RM30,000 untuk Liga FAM.

"Mereka juga perlu mengemukakan surat jaminan daripada kerajaan negeri atau penaja yang menyatakan mereka memiliki kewangan yang kukuh iaitu minimum RM2.5 juta (Liga Super), RM1.5 juta (Liga Perdana) dan RM500,000 bagi Liga FAM," jelasnya.

Jika pasukan-pasukan negeri dan kelab berjaya melepasi proses pendaftaran itu, mereka perlu pula menghadapi 'saringan' kedua iaitu wajib menyelesaikan hutang-hutang termasuk gaji tertunggak pemain dan caruman KWSP sebelum 30 November depan.

Comments :

have 0 comments at “FAM KEKAL FORMAT LIGA M 2010”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB